setiap wanita memerlukan seorang lelaki untuk membimbingnya,menjaganya,menyayanginya,mencintainya dan membahagiakannya.
begitu juga aku.
setiap wanita mempunyai ego masing-masing walaupun x setinggi ego lelaki tapi ego itu boleh direndahkan jika mereka saling mengalah.
tp xsemudah itu kita hendak mengalah.walaupun masalahnya hanya sekecil zarah.tapi itulah penangan orang berkasih.sentiasa mahu merajuk dan minta dipujuk.
keegoaan yang kita cipta itu untuk memberitahu kepada lelaki itu bahawa kita bukanlah seorang wanita yang mudah diperbodohkan dan ditipu.dan kita bukanlah seorang yang mudah termakan kata-kata pujangga seorang lelaki.kita ego untuk membuktikan pada lelaki itu bahawa kita masih boleh bangkit tanpanya disisi kerana kita masih ada DIA.
ditinggalkan seorang lelaki bukan bermaksud kita kalah,dan bukan juga bermaksud berakhirnya kehidupan kita sebagai seorang wanita.kita hidup didunia kerana ALLAH.untuk beribadah kepadaNya.
teruskan kehidupan dengan senyuman dan berlagaklah seperti bahagia walaupun di dalam hati sangat terasa kecewa.dengan senyuman itu dapat memberitahu kepada lelaki itu bahawa kita sedikit pun tidak terkilan ditinggalkannya.
buktikan kemampuan kita dihadapan mereka dan biarkan mereka sedar mereka sedang bermain api dengan bukan calang-calang wanita.
wanita yang tabah tidak akan mengeluh dengan segala dugaan yang dihadapi mereka dan berjuang sehingga ke akhir hayat mereka.
*ini adalah pandangan saya,pandangan kita mungkin berbeza tapi saya senang dengan cara begini.jika ada kasalahan fakta,minta diperbetulkan.yang baik datang dariNya,yang buruk itu dari saya sendiri.
No comments:
Post a Comment